Saturday, September 12, 2009

apa itu PLBK(ELCB)

Pemutus Litar Bocor Ke Bumi Jenis (PLBK), Electric Leakage Circuit Breaker (ELCB) adalah salah satu alat perlindungan yang terdapat dalam sistem pendawaian di rumah. Antara fungsinya adalah perlindungan dari arus bocor. Sebagai contohnya, sekira terdapat kerosakan pada bahan penebat pada kabel elektrik seperti terkoyak akibat gigitan tikus, ini mendedahkan conduktor elektrik kabel tersebut. Konduktor yang terdedah itu jika bersentuhan dengan benda logam akan menyebabkan berlakunya kebocoran arus dari kabel ke benda logam tersebut. Dengan kata lain, arus akan mengalir pada benda logam tadi. Jika kita tersentuh benda logam tersebut, kita akan mengalami renjatan elektrik yang boleh mendatangkan kecederaan kepada kita. Bayangkan jika berlaku kebocoran arus dan arus yang bocor tadi mengalir ke badan peti sejuk rumah kita. Bukankah kita akan mengalami renjatan elektrik ketika kita membuka peti ais kita? Jadi bagi melindungi kita dari arus bocor ini, PLBK (ELCB) ini dipasang dalam sistem pendawaian rumah.

Terdapat dua jenis PLBK iaitu PLBK Kendalian Voltan dan Kendalian Arus. Walaubagaimanapun Suruhanjaya Tenaga telah mengeluarkan larangan penggunaan PLBK kendalian voltan disebabkan keberkesanannya yang kurang. Artikelnya boleh didapati di:

http://www.st.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=568&Itemid=1156&lang=ms_MY

1 comment: